Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Alhamdulillah program Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim telah selesai di jayakan walaupon ada beberapa masalah teknikal di saat akhir di mana program ini terpaksa di tukar ke lokasi lain. Program yg pada asalnya dirancang akan di adakan di Rumah Yakin Al-Wadi telah ditukar ke Rumah BUDI, Yan.
Dengan kerjasama FMDC Northen Region, Muslim Aid Asia, dan Universiti Utara Malaysia program ini berjalan dengan meriah dan emosi. Tergambar keceriaan di wajah2 anak-anak yatim di Rumah BUDI, pelbagai sumbangan telah di sumbangkan termasuk makanan, pakaian, duit raya, dan lain2. Terima kasih juga buat semua rakan2 yang membuat sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun pakaian serta bekalan makanan. Semoga Allah memberkati ke atas usaha kita yg tidak seberapa ini. Amin..



























